Monday, October 29, 2012

Shopping Kain untuk Nikah & Family Di Jalan TAR

Assalamualaikum & hello dear Lovelies!

Hhehe..oh, yes, semalam (ahad) kte pergi do all the survey dekat Jalan TAR sebelum berpatah semula ke kedai-kedai yang telah dilawati, shopping untuk kain family & baju nikah. Uhhh, what a day it was yesterday! huhu.penat giler kaki ni berjalan walaupun pakai flatties je.

Wahaha,sampai je pagi semalam around pukul 10 lebih terus cari parking. My lovely Mr. Fiance decided to park dalam basement parking SOGO sebab dia rasa lagi selamat (walaupun tak shopping kat situ), kte ikut je.huhu.

Sampai-sampai je perut ni bunyi-bunyi kelaparan. Jadi, we went to Insaf baru tu tuk makan.hehe. Apa lagi, nasi briyani lauk ayam goreng la pepagi tu (pukul 11 pg ni). Bak kata Mr. Fiance "awak nak kumpul tenaga,ek?" . Mulut kata, "Aah". Padahal dalam hati memang dah mengidam pun nak makan nasi briyani, dah lama tak makan. :p hehe. Tapi separuh je order nasi tu, tak nak kenyang sangat & rupanya, separuh kat Insaf tu takde lah banyak mana pun, boleh je nak makan 1 pinggan. :p

Yummy!
Selepas brunch dekat Restoran Insaf, me & mr. fiance start surveying kain-kain macam dalam list dekat bawah:

For me! untuk solemnization 

  • pure white chiffon
  • lining for chiffon
  • Gucci lace


For my family! 

Untuk Malam Nikah:Tema - The Amethyst Night (purple)

  • kain untuk baju melayu untuk 3 orang (abah & 2 adik lelaki)
  • kain untuk baju kurung untuk 2 orang (mak & adik perempuan)
  • lace untuk patching baju kurung

Untuk Reception:Tema - Ombre Pink

  • kain untuk baju melayu untuk 3 orang (abah & 2 adik lelaki)
  • kain untuk baju kurung untuk 2 orang (mak & adik perempuan)
  • lace untuk patching baju kurung

Jadi, semalam bukanlah semua kedai kain dekat Jalan TAR tu dapat dilawat, macam Harrisons, Osman & Maya tu tak sempat. Yang sempat macam dekat bawah :

Kamdar - Mak kata kain plain dekat sini murah & kualiti pun ok, jadi, singgahla sini dulu. And yes, banyak pilihan, boleh dikatakan Kamdar is the 2nd place tempat paling banyak jual kain-kain plain. Semalam pulak tengah sale, jadi semua kain dekat tingkat 1 tu ada 20% diskaun. Kat sini la kte beli kain baju melayu untuk family :)

Purple for solemnization
Close up: Ada line sikit
RM11.92/meter (after 20% discount)

Coral Pink untuk baju melayu time reception! hehe
RM12.72/meter (after 20% discount)

Nagoya - ehm, memang banyak sangat pilihan untuk kain-kain plain. Paling banyak sekali. Pening nak merasa texture kain & warna. Haha. Tapi dari segi kualiti tu bagi kte, tak berapa sangat. :p Sebab sedih tak tahu mana nak pilih & tak nak keluar tangan kosong, beli la jugak 4 meter kain yang untuk siapa pun tak tahulah lag. Boleh tak? :P Kalau nak cari kain yang banyak bawah RM10, kat sini lah tempatnya. :)

Kain yang tak tahu untuk siapa lagi :P
RM10++/meter

Gulatis & Euro Moda - Fuhh, 2 Gulatis and 1 Euro Moda sepanjang Jalan TAR tu & tiga-tiga tu kitorang masuk. Sebab kte cari kain plain je, jadi pergi la tengok apa yang dorang ada & seriously, tak banyak sangat pilihan. Harga pun boleh tahan la kan walaupun selepas diskaun sebab kain mahal-mahal.huhu. Sebenarnya minggu lepas kte dah pergi survey dekat Gulatis Shah Alam. Kiranya dah tahu la harga and target untuk dibeli. Gulatis ada banyak jenis chiffon and kte decide nak beli chiffon harga RM24/meter. Pastu, hati ni dah terpanah dengan Gucci Lace. Cantik sangat sebab ada pearls dekat atas lace tu. huhu. Tiap-tiap malam termimpikan Gucci Lace dari minggu lepas.haha. 

Tetapi, apabila tibanya di Euro Moda, SA tu kata chiffon RM24/meter tu tak berapa ok sangat kalau nak buat kain yang flowy sebab nanti dia nampak lembik & yang RM35/meter tu lagi sesuai + designer pun selalu pilih jenis tu. Katanya lah,kan. Disebabkan tak nak sedih & kecewa dengan kain tu kalau baju dah siap + I'm risk adverse, jadi, pilihla jugak chiffon RM35/meter tu. SA tu bagi diskaun, jadi dapatkan RM30/meter. Sebenarnya dah over budget. Awalnya kte budget Rm24/meter je, tapi my fiance yang sangat lovely & pemurah kata takpe, nanti dia top up. huhu. Suka! :p 

Satin untuk lining pun sama, asalnya budget dalam RM6/meter, tapi SA tu keluarkan satin yang harganya Rm16/meter. Tak mampula kte,kan. Very & obviously over my budget lagi walaupun dia bagi diskaun & jadi RM10/meter. Again, mr. fiance yang sangat pemurah kata dia akan top up. huhu. Sangat bersyukur. :D 

Last target untuk diri sendiri, the Gucci lace! Dah tahu harga dia RM158/meter (after 50%) sebelum ni and jumpalah dengan 1 design yang berkenan dihati. Dapat diskaun lagi, jadi RM140/meter. Happy! Kte beli semeter sebab nak guna untuk patch atas baju nikah nanti. Lagipun dia ada border atas and bawah yang sangat2 lovely + bunga dekat tengah-tengah dia banyak. Kte rasa lagi berbaloi pilih lace macam ni dari beli border lace sebab ada banyak boleh digunting & patch. Lebih jimat! :)

From left: satin, Gucci lace, chiffon
Gucci lace from Euro Moda


Chiffon RM30/meter (harga asal RM35/meter)
Satin lining RM10/meter (harga asal RM16/meter)
Gucci Lace RM140/meter (harga asal RM158/meter)

Jakel - huhu. Kat sinilah kte beli kain plain untuk buat baju kurung untuk mak & adik. Kain plain purple & coral beli dekat ground floor. Pastu, lace beli dekat tingkat 3. Kalau dekat jakel, mestilah dapat diskaun,kan. Mula ingatkan nak beli chiffon untuk mak & adik, tapi mak cakap tak nak sebab nanti upah dia mahal. So, kte cari kain plain yang tak perlu lining. :) 
Untuk kain plain, dua-dua jenis yang sama, Super CDC Italian.huhu. Harga asal RM14.50/meter, dapat diskaun, jadi RM12/meter. :) 

Untuk mak & adik waktu malam nikah
Coral untuk time reception
Super CDC Italian RM12 (harga asal RM14.50/meter)

Lace 1 (warna pink) pulak harga RM150/meter, dapat diskaun jadi RM120. Sebab border dia atas & bawah tak sama design, perlukan 1 1/4 meter untuk patch dekat bawah baju mak. Jadi, harga jadi RM150/meter jugak. Border yang nipis tu pulak untuk letak patch dekat bahagian tangan baju kurung. Lace ni untuk waktu reception nanti. Match dengan kain plain coral tu. Lebihan lace ni akan dipatchkan untuk baju adik pulak.hehe. takda budget lebih nak beli lace banyak-banyak. :p

Border bawah
Border atas untuk tangan
Close up
Lace 2 (purple) ni untuk patch dekat baju untuk waktu nikah. Tema pun purple,kan, jadi dia nampak sweet & sedondon. Yang ni sebenarnya pilihan my fiance, dia jugak yang sponsor sebab kte nak cari lace yang harganya murah berbanding yang 1st. Harga asal RM150, last-last dapat RM90/semeter. :) Puas hati sebab banyak boleh ditampal-tampal kat baju. huhu. Yang ni border dia atas bawah sama design, jadi ada 2 meter border. :D 

Lace purple+gold match dengan kain plain purple
Border 

Close up bunga kat tengah-tengah
Hasil perbelanjaan semalam

7 comments:

  1. wahh.. suke saya baca entry ni sis... bila pk2, rupenya saya mmg peminat tegar kain2 ni.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..glad u like it! :D sama la dgn kte, seronok sangat shopping kain ni..

      Delete
  2. wah wahh... cantiknya lacenyer.. tapi harganya pun cantik ekkek aduhai.. berapa total damage altogether tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..lace tu beli semeter..kalau tuk nikah, kira insyaAllah boleh patch dekat veil skali sebab banyak yang kecik2 kat tengah lace yg boleh digunting&patch...total damage malu nk disclose..hukhuk..

      Delete
  3. cantiknyer gucci lace tu. and mahal jugak. sesuai dengan harga. jelesss

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..alhmdulillah aritu ad rezeki dapat bli lace tu :)

      Delete
  4. Saye pergi beli kain untuk kawen dekat gulatis jalan tar dulu.. gile-gile kene tipu.. sedih gile.. bleh bace cerita saye hunting kain nikah dekat sini http://misikahwin.wordpress.com/2013/05/21/4-cerita-kain-untuk-hantaran-tunang/

    Buat pengajaran kepada b2b yang lain. :(

    ReplyDelete