Sunday, December 30, 2012

Evergreen Song - As Time Goes By


Sometimes, I do feel infatuated to listen to some good old, evergreen songs. Just put on the headset & enjoy. Repeatedly. 

I personally think that the good old songs are much more meaningful in terms of the lyrics and were beautifully composed and sang. 

Currently, this is my addiction, As Time Goes By. Made popular from a 1942 romantic film, Casablanca. Have to admit, I haven't watch the movie (the last black & white movie I did watched was Gone With The Wind). Yet, I am so hooked to this song. Ahhh....beautiful song....wonderful feeling...

Source: Warner Bros. Co

There are a few versions by different singers. I am deeply hooked to Frank Sinatra's.
Such a voice...indescribable. It's so classic and so much more than just a lullaby to some people. 

However, credits (in my case) should be given to Wang Lee Hom as I heard this song for the 1st time, being sung by him.

As Time Goes By
A kiss is still a kiss
A sigh is still (just) a sigh
The fundamental things apply
As time goes by

And when two lovers woo
They still say: "i love you"
On that you can rely
No matter what the future brings
As time goes by

Moonlight and love songs - never out of date
Hearts full of passion - jealousy and hate
Woman needs man - and man must have his mate
That no one can deny

It's still the same old story
A fight for love and glory
A case of do or die
The world will always welcome lovers
As time goes by 

Lyrics Written by: Herman Hupfeld in 1931

Lyrics: Lyrics007



I always love good music even the classics. And this is definitely one good piece of music.
Happy Weekend, everyone! :D 

Friday, December 28, 2012

Bunga Telur

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Style Me Pretty
Malam ni adalah malam pada hari Jumaat yang terakhir bagi tahun 2012. Semoga kehidupan kita semua akan lebih diberkati Allah pada tahun 2013. Kepada semua brides-to-be, semoga segala perjalanan persiapan perkahwinan kita berjalan lancar dan selamat melayari kehidupan yang baru  di alam rumahtangga.

Berbalik kepada persiapan perkahwinan, malam ni nak share pasal bunga telur. Untuk majlis kte, kte beli 3 jenis bunga telur yang berbeza sebab ada 3 majlis pada hari nikah & bersanding:
  • majlis khatam Al-Quran
  • majlis berinai (selepas nikah)
  • majlis bersanding
Kte sebenarnya yang sulung, jadi, pahar pun tak ada dekat rumah. Jadi, aritu masa pergi Nilai 3, mak belikan sepasang pahar bunga telur. Selebihnya lagi, nenek & mak cik akan bawak dari JB. :)




Sepasang pahar untuk cover 100 bunga telur time bersanding nanti. Dah survey 3 kedai sebelum beli. Huhu. Ni yang paling murah. Bentuk/ design sama je, tapi harga lain-lain. Pelik. Yang ni mak beli dekat VR Star. Costed about RM15.90/each. Ok la. Kalau dekat kedai-kedai lain, satu tu ada RM19.90 & RM24. Mahal...

In terms of bunga telur pulak, kalau nak banyak pilihan. boleh pergi survey dekat ZC. Sebab kte memang dah survey dekat the other 2 large stores macam VR Star & ThankQ, pilihan tak banyak dan tak menarik sangat. Dekat ZC, range harga from RM1-RM5++. 


Majlis Khatam Al-Quran
Untuk majlis ni, nak pakai bunga telur sebanyak 50 sahaja. Nak bagi ustaz, selebihnya, kumpulan marhaban. Majlis ni pun majlis tertutup, family & sedara-mara saja yang ada. :) Yang ni, mak tak budget untuk beli yang mahak-mahal sangat. Jadi, ktrg pilih something in pink & simple. Kalau tak silap, RM1.12 setangkai. 






Majlis Berinai
Majlis ni nak diadakan selepas nikah. Sebab time parents kawen dulu, dorg pun ada majlis berinai macam ni jugak. Jadi dorg nak teruskan tradition tu. :) Untuk berinai, 50 tangkai bunga telur untuk bagi family members yang merenjis pengantin. Yang ini, mak suruh amik warna gold ni. Cantik & comel. Ada glittery butterfly. Harga pun agak murah, RM1 setangkai




Majlis Bersanding /  Reception
Untuk reception, mak budget lebih skit. huhu. Yang ni pun mak pilih jugak, kte ikut je. :P Tema kte pink, tapi rasanya cantik jugak kalau bagi bunga telur warna putih, lain sikit. Kalau semua pink pun, pening jugak,kan..hehe. Bunga telur ni ada rose putih, & ada macam baby's breath skit keliling rose. Yang ni, RM2.90. Tapi lepas diskaun jadi RM2.50 setangkai.




Kte & mak setuju beli  untuk bunga telur yang dah siap sebab ktrg tak kreatif sangat kalau nak DIY. huhu. Ada mak cik yang pandai buat, tapi dia pun busy dengan bisnes, tak nakla kacau pulak. Apa-apa pun, Alhamdulillah, bab bunga telur dah separuh done. Tinggal tunggu masa majlis nanti :D


Doorgift Malam Nikah

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Kalau sebelum ni [this entry] share pasal door gift untuk reception, sekarang nak share untuk door gift malam nikah / solemnization. Untuk nikah, tetamu yang jemput hanyalah kawan-kawan rapat & sedara-mara. Probably 100+-. Jadi, untuk dorang, kte & family sediakan doorgift yang simple & boleh disimpan. :) 

Something for remembrance would be nice for the guests. ;D

Sama macam doorgift reception, semuanya beli dekat ZC, Nilai 3.



Potpourri! Two packets for 100 sachets.
Kte pilih scent cherry blossom & rose.

Harga: RM25/packet

 Untuk masukkan potpourri dalamnya.
Harga: RM18 
Diskaun: 10%


Tapi, bila dibukak, macam kecik pulak saiznya. Huhu. Takpelah. Kalau kecik sangat, nanti boleh carik yang lain. Harga pun tak mahal sangat. :D hee

Thursday, December 27, 2012

Bunga Manggar

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Bunga Manggar! Meriah kalau ada bunga manggar. So far, tak pernah lagi pergi wedding tak ada bunga manggar. It's a lovely tradition! :D 

Apa yang seronoknya dengan bunga manggar?
  • Nowadays, bunga manggar pun facing evolution. Makin lama, makin menarik & banyak idea kreatif untuk bunga manggar.  It's nice to see bunga manggar yang lain dari yang lain.
  • Yang seronok, budak-budak, sebab lepas pakai bunga manggar tu, dorgla yang akan cabut satu-satu and  bawak main. Berlari-lari bawak bunga manggar. :D
  • Dulu-dulu masa kecik, pernah jadi pembawa bunga manggar. Seronok dapat pegang & berarak dengan pengantin sekali. hehe.
  • Time cucuk bunga manggar dengan family members & sedara-mara. Biasanya, orang cucuk bunga manggar sehari ke 3 hari sebelum majlis. Masa tu semua sedara-mara ada, tolong cucukkan. hehe. It's fun. :) Sampai ada yang lawan, bunga manggar siapa yang paling cepat buat & paling rimbun.
  • The colours. Bunga manggar tu sendiri something yang nice to see sebab dia colourful and shiny. :) 
  • Identiti & sinonim dengan majlis kahwin. Kalau ada majlis kahwin, mesti ada bunga manggar. Even dekat penunjuk arah yang pacak tepi jalan pun ada letak sikit bunga manggar. Baru menarik perhatian! :)

Masa dekat ZC aritu, kte nampak bunga manggar yang sada spiral ni and atas dia ada pinwheel yang berpusing kalau ada angin. SO CUTE!!! :D mesti budak-budak suka. Lagipun, nampak meriah. I love it! :D 

Ingat nak pilih pink, tapi dah abes, jadi, kte amikla purple. Suka jugak :) 1 packet ada 20 batang bunga. Survey dekat kedai lain macam ThankQ & VR Star, ada jugak, tapi dorg asingkan pinwheel tu. Kiranya kena pasangkan sendiri. Murah skit la harganya. 


Harga: RM15.90


Ni pulak bunga manggar colour silver untuk add-on warna purple supaya jadi lebih rimbun and meriah :) Jenis yang biasa ada dekat kedai-kedai tapi yang ni pun twirl jugak. Aww, cute! 1 packet ada 10 batang sahaja. This one beli dekat VR Star sebab dekat ZC tak ada jenis ni, yang 1 colour sahaja.

RM3.90

Cute pinwheel on top

See, it's in spiral. :D Cuteness!

A spirali too! in silver ;D

Harga:RM4/each

Round styrofoam balls untuk cucuk bunga manggar. They can be a bit dense/ padat & susah sikit nak cucuk. But once you tajamkan sikit batang lidi bunga manggar dengan pisau, senang nak cucuk & tak senang tercabut.

Sekarang tinggal nak beli 2 batang kayu sahaja untuk cucuk styrofoam balls. hehe. Yeay!

Doorgifts / Wedding Favors

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Hi, lovelies! Harini nak share pasal doorgift. :D

Last weekend pergi Nilai 3 untuk beli barang-barang doorgift. Kedai yang dituju, ZC Creation sebab pernah pergi beli dekat sana masa bertunang dulu & compared dengan kedai-kedai lain, kedai ni ada banyak pilihan untuk doorgift, bunga telur, ribbon, bunga dll. Ideanya nak beli jar bulat & letak dalam paper bag supaya senang tetamu nak pegang. Simple sahaja.Dalam pulak isi gula-gula. Jar tu, tetamu boleh pakai semula. 


Jar / Botol

Jar yang dah dibeli, letak dalam kereta. Nasib baik ada mpv, boleh angkut semua sekaligus. Alhamdulillah.
Nasib baik jugaklah 2 orang adik-adik lelaki tak ikut sekali. Haritu penuh 1 kereta. 
OK, ini lah jar yang dipilih. Sekarang agak trend untuk bagi jar macam ni sebagai doorgift. Sebab kte pernah dapatlah, datangnya idea ni. huhu. Parents pun setuju.


Harga: RM0.60 sebotol

Kte survey kedai-kedai lain untuk botol yang sama, tapi berbaloi beli dekat ZC sebab ThankQ jual sebotol RM0.80, VR Star pulak boleh dapat harga RM0.60, tapi kena beli 500 & ke atas. 


Bow Ribbon
Untuk cantikkan sikit jar tu, supaya tak kosong, kte beli bow ribbon dalam paket. Senang. Kalau nak ikat bow sendiri, alamatnya berkurunlah nak siapkan. huhu. Belum lagi gam dekat jar. Jadi, beli dah beli bow yang dah siap, tinggal nak gam dengan glue gun sahaja. Itupun banyak jugak tapi it's an enjoyable process. Suka!


pink, dusty pink & purple



Harga: RM15.90/packet
Diskaun: 10 % 
Bilangan: 200+- per packet


Inilah dia. Kte saje beli 3 warna berbeza. Doorgift untuk semua sama, tapi nak buat kelainan sikit dari segi warna. :)  Nak cari warna yang pink yang senada, tapi takda. Jadi, dapat pink, dusty pink & purple. Bolehla, ala-ala ombre sikit.hehe. Dekat ZC, ada banyak warna untuk pilih. Seronok tengok. Packaging pun ada beberapa, ikut bilangan. Ada yang 1 packet 200, 500 & 1000 terus.


CAUTION: 1 packet tak semestinya ada tepat 200 bows, selalunya kurang skit,maybe 195 bows.



Paper Bag
Alright, untuk yang mencari paper bag or kotak doorgift yang cantik & comel, boleh cari dekat ZC jugak sebab memang ada banyak pilihan. Jadi, bolehla pilih ikut budget masing-masing :)

Bawah ni paper bag untuk isi jar tadi. Ada 3 warna jugakPurple, dark magenta & pinkKat sana ada beberapa lagi warna untuk paper bag ni. Plus, macam-macam bentuk kotak & saiz paper bags untuk corak yang sama. huhu. Best! tapi untuk saiz jar tu, paper bag size ni yang paling sesuai. Tak terlampau besar & kecik, just nice :)


Harga: RM39.00/packet [ 1 packet = 100 paper bags]
 Diskaun: 10%

Jadi, 1 paper bag jatuh pada harga RM0.35


Ok, that's about it pasal doorgift untuk reception. Pasni, doorgift untuk malam nikah pulak :)

Monday, December 24, 2012

Bunga Gubahan Hantaran

Assalamualaikum & Hello Lovelies 

Alright, now nak share pasal bunga untuk gubahan hantaran pulak. Huhu. Sangat padat aktiviti minggu lepas. Kena ingat semula satu-satu.

Ok, kalau mencari artificial flowers untuk gubahan hantaran, boleh baca lagi sehingga habis entry ni. :P

Since Seremban macam tak ada kedai bunga yang jual artificial flowers yang menarik, kte, mak & adik perempuan pergi ke area Kajang for flowers hunting

Romantika - Metro Point, Kajang
Memang ada banyak sangat pilihan bunga-bunga. Aritu pun ada sale. Contoh, 1 tangkai bunga (ada 5 kuntum rose) - harga asal RM3 setangkai, jadi RM2.50 setangkai. Memang rambang mata. Orkid dekat sini pun boleh tahan, ada banyak pilihan. :) Price wise, ada dari harga murah and affordable, sampai ke belasan ringgit untuk setangkai . Dari segi kualiti, sederhana, kalau nak pilih kena tengok betul-betul sebab ada yang kelopak dah tertanggal. Maybe sebab dah lama sangat. Hydrangea, pulak tak banyak pilihan. 

Dekat sini, kte beli white roses, RM2.50 setangkai yang ada 5 kuntum bunga.



dan Orkid Light Green, RM9



Antara barang-barang lain yang menarik perhatian di Romantika. Sempat tengok-tengok macam tu je. Lain kali tengok lagi sebab objektif hari tersebut adalah mencari bunga hantaran. Fokus, fokus! :D






KK Home Deco- Kajang
Alright, ini adalah tempat ktrg beli bunga banyak-banyak. huhu. Sebab masa tu dah nak maghrib, haruslah membeli sebelum pulang. Nanti tak tau lagi bila ada masa nak mencari. Yang harus diingat, KK Home Decor tutup pukul 8.15. Aritu tak tahu pun jadi agak pressured and kesuntukan masa. Ingatkan sampai pukul 9 ke, ok la jugak.

Bunga dekat sini cantik-cantik, ada banyak yang nampak hidup. 

Hydrangea - RM8.90 satu [buy 1 free 1]
Deep pink roses - RM9.90 setangkai ada 9 kuntum [buy 1 free 1]
Roses wreath - RM17.90 [buy 1 free 1]
Roses Pomander - RM5.90 

Deep pink roses from KK, white roses from Romantika 

Hydrangeas in pink & white

roses wreaths

Sebahagian bunga-bunga dari KK Home Deco

Plan asal nak pergi Fah Lean sekali dekat Balakong. Sebelum ni pun pernah survey bunga-bunga kat situ. Terpikat dengan hydrangea dia. Tapi tak sempat nak pergi. Dah malam.



ZC - Nilai 3


Kat sini bunga-bunga cantik and almost macam real. Nampak hidup.
Tapi harganya pun boleh tahan, agak mahal. Banyak sangat pilihan bunga-bunga. Hydrangeas dia memang menarik. Roses pun sama. Dekat sini la ada jual & ada banyak pilihan bunga orkid. Dari saiz yang besar, sampailah yang comel-comel. Bunga yang juntai-juntai tu pun ada

Dekat ZC, kte beli white hydrangeas RM5.40 setangkai, tambahan untuk yang beli dari KK Home Deco.  Actually, ada banyak jenis hydrangeas dekat ZC, yang ni antara yang murah. 



Sorry sebab tak ada gambar dalam kedai bunga. No Camera allowed! uhuuhu



Of Baju Reception

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Last thursday kte & fiance ke KL untuk pilih kain baju reception dengan Kak Julie WG.
Sebelah lelaki, warna emerald green menjadi pilihan. huhu. Sebenarnya nak warna spring green, tapi material duchess satin agak terhad tone colour yang available. 
Kedai yang paling banyak pilihan untuk duchess satin ialah Jakel. Jadi, ktrg pilih emerald green kat situ. Warna dia tak terlalu gelap atau deep macam normal emerald green, tapi yang ni terang skit. Macam dalam gambar bawah. Warna sebenar lain sikit, almaklumla, shoot using phone, ada slight different from real colour. 
Tunggu baju (basic) siap around pertengahan bulan Januari depan. Pastu, fitting & pilih lace for patching pulak.

Sebelah perempuan pulak, belum ditemui lagi...Duchess satin tak ada warna pink yang diidamkan. Yang ada, too light atau too dusty pink a.k.a pink belacan. Kte mencari warna pink yang betul-betul pink & sweet. Takpun fuchsia, pun cantik jugak.

Kalau tak ada, maybe amik chiffon..reason tak nak amik chiffon before this sebab tak nak nampak gemuk..hoho :P  Duchess satin pulak more solid bila dibuat baju, jadi kurang nampak gemuk.. :D
Sekarang, tengah menunggu Kak Julie carikan kain pink... :) 




Sunday, December 23, 2012

Sesuatu yang Unik

Assalamualaikum & Hello Lovelies



Nak bercerita pasal kisah ke KL hari khamis yang lepas tapi macam tak sempat nak tulis lagi.
Semalam pun ada pergi beli bunga untuk gubahan hantaran. Sekejap lagi, insyaAllah nak mencari barangan untuk doorgift. 

Yang sempat dibuat, create a board dekat Style Me Pretty. 
Terjumpa decoration of something unique. Lain dari kebiasaan tapi tak pelik.
Just nice :)



Wednesday, December 19, 2012

Tomorrow's Plan

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Right now tengah preparing a list of what-to-suvey and what-to-buy untuk esok.
Esok, in shaa Allah, kalau tak ada aral melintang, fiance and I will be meeting Kak Julie WG  untuk cari material baju ktrg dekat KL. Hopefully semua berjalan lancar and warna yang diidamkan ada. :) 


Tempat yang dituju, in shaa Allah, Jakel.



2nd place, SOGO, untuk mencari barang-barang yang diperlukan. :)



Sambil-sambil tu, singgah mana-mana kedai dekat Jalan TAR  :D



Till then, lovelies ;D

Tuesday, December 18, 2012

Adorable Pastel ~ A Coral Delight

Assalamualaikum & Hello Lovelies


Truly adore this wedding.
Lovely colours.
Coral ~ definitely the 'star' colour for this wedding.
Combined with pastel purple, peach, pink, green and white making it so dreamy and delightful.

Thinking of using this colour palette for my pelamin. huhu.
Will show this to WG, later! hihihi






Source: Style Me Pretty

Monday, December 17, 2012

Wedd Preps

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Alhamdulillah...Minggu lepas, hari rabu dah sit for exam. :) Lega rasanya dah tak perlu study lagi (buat tahun ni). huhu. Tahun depan, in shaa Allah, sambung lagi paper lain. Harap-harap me & fiance akan lulus paper haritu & proceed to the next paper pulak. Menyesal lah jugak tak study rerajin sebelum exam aritu, sebab soalannya tak adalah too complicated and sophisticated. Calculation pun tak ada. Iskkk..tula jgn jadi macam kte, if ada exam, belajarlah bersungguh-sungguh walaupun dalam kepala & hati teringat wedding prep je..

Aktiviti=aktiviti wedd preps semalam:
  1. Ke Wedding Galore - discussed design, warna untuk baju & pelamin
  2. Alamanda, Putrajaya - pencarian jewellery untuk pembatalan air sembahyang waktu malam nikah nanti.

Aktiviti 1- Wedding Galore
Semalam, dah deliver idea and design untuk pelamin, baju reception saya & sebelah lelaki. Ktrg amik dengan vendor yang sama untuk dua-dua majlis bersanding, Wedding Galore (WG) dekat Bandar Baru Bangi. Ini pun ktrg booked before majlis bertunang, kira-kira bulan April yang lepas. Rasanya berbaloi sebab masa tu ada promotion and kalau tengok pamphlet WG yang baru, harganya sangat ketara berbeza. Dah tak dapat harga macam dulu walaupun beza beberapa bulan je. 

Thank you to Kak Julie WG semalam sebab layan ktrg. Biasanya ktrg dengan Kak Jue, tapi masa ktrg datang semalam pun tak inform dia dulu (sorry!) & masa tu pun dia tengah busy dengan customer lain, jadi, Kak Julie pun takeover. huhu. 

Hasilnya:

Pelamin 
  • in shaa Allah, pelamin draping tanpa panel seperti diimpikan.(mintak2la menjadi) huhu.
  • ranting/pokok kiri & kanan (suggestion by kak Julie sebab tak nak nampak too simple & kosong
  • inspirasi - draping. something like picture below but not as grandeur as that..hehe
credit - Flora etc


Baju bersanding kedua-dua belah pihak.

Sebelah perempuan
  • asalnya sebelah lelaki je nak buat tempah baju baru dan sebelah kte pakai baju sedia ada dekat butik. 
  • tapi disebabkan dah beberapa kali pergi sebelum ni tak jumpa-jumpa jugak baju yang sesuai dan berkenan dihati, fiance pun dah penat, dia kata, "awk buat la baju baru,yer". 
  • mula-mula fikir pasal kos jugak sebab kena tambah duit lagi untuk buat baru, tapi bila mengenangkan sampai bila nak tunggu datangnya baju yang sesuai, kte pun decide untuk design sendiri baju baru.
  • warna - pink. Not a big fan of pink, sebenarnya, tapi tak tahu nape untuk wedding, hati ni terpaut.
  • design - kte lukis sendiri dalam sketch book & semalam dah bagi WG. inspiration from macam-macam baju lain.


The inspiration board untuk warna baju reception sebelah perempuan
pink pilihan hati - no.2 dari kanan


Sebelah lelaki
  • perbalahan di antara emerald green & spring green telah menyaksikan kemenangan dimiliki oleh spring green. huhu.
  • fiance, katanya tak nak pakai warna gelap (walaupun kulit dia cerah), lagipun mak dia dah pesan jangan amik warna gelap. Takpela, kte ok je. 
  • disebabkan amik spring green, colour tu akan digabungkan dengan warna silver as per picture below:



The inspiration board untuk warna baju sebelah lelaki.
Semalam pun ada bawa ni pergi WG.

Aktiviti 2 - Di Alamanda, Putrajaya
  • First thing first, thank you so much to fiance kerana melayan kerenah kte memilih barang kemas,semalam. Alhamdulillah, dapat juga yang berkenan dihati.. :) sy suka sangat-sangat.
  • Yang ni tak mau cite banyak-banyak. In shaa Allah, lepas nikah nanti ada gambarnya. :)


Till then.... ;)