Wednesday, December 5, 2012

The Caterer!

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Introducing, my big day (reception) caterer & canopy provider.....
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
ROHANI EVENT CATERING

Bab katering ni sebenarnya memang parents 100% yang uruskan. Tapi ambil tahu jugakla.huhu
Parents kata, dorg dah dua kali pergi kenduri yang REC handle. 
Makanan yang sedap adalah reason kenapa mak pilih REC.
Abah pulak setuju sebab servis yang bagus. 
Kte pulak tak pernah rasa makanan dorg lagi. Tapi percaya dengan keputusan parents.


3 things that I like about REC:

1. Makanan sedap - mak kata, gulai daging dia the best, abah pulak cakap rendang daging dia sedap sangat, kte pulak, belum pernah rasa, tapi dapat bayangkan sebab ramai kata best. :D

2. Harga makanan (pakej) untuk style buffet atau pun hidang / serve dimeja, adalah sama. Parents pun pernah rasa makanan dihidang oleh pelayan-pelayan dorg & servis bagus sebab bilangan pelayan yang ramai & mencukupi. Jadi, kalau dah harga untuk buffet or serve adalah sama, maka, ktrg mestila pilih SERVE! Jadi, setiap tetamu yang datang tak perlu ke meja buffet & akan diserve seperti VIP. :D
Meja family pengantin lelaki pulak ada dome & diserve macam biasa jugak.

3. Makanan pengantin waktu makan beradab akan dihidangkan oleh mereka yang bertopi tinggi ala-ala chef. Ini signature REC. :D

Taken from REC facebook page 
(sayangnya dorg tak update sangat page tu)


Minggu lepas katerer ada datang rumah untuk 1st discussion & ukur jalan.
Siap bawak album lagi, gambar-gambar kanopi yang dorg penah provide untuk customer. Ternganga mulut (dalam kepala sahaja)

Masa tu jugakla baru tau yang walaupun REC based in Rasah Jaya, Seremban, tapi dorg dapat banyak job dekat KL & impressed sangat-sangat dengan hasil kerja REC.

Tak sangka dorg boleh provide chiavari chair & transparent canopy untuk waktu malam sekali. Tapi kte tak amik. huhu.


Berdasarkan perbincangan pertama
  1. Meja PanjangKaterer cadangkan meja tetamu disusun memanjang dibawah khemah. Yes,dear, susunan meja memanjang is back! Kalau zaman dulu-dulu (90-an & ke-bawah) orang susun meja memanjang & start tahun 2000 ke atas, ramai buat style meja bulat, sekarang, trend meja panjang is making a COMEBACK! Tak tipu, kalau tengok wedding dekat KL & dekat overseas, setting meja panjang digunakan semula.


(Random example)

2. Pelamin - lepas katerer tengok keadaan & ukur jalan, masa nak masuk dalam rumah semula, dia dapat idea and suggest supaya ktrg letak pelamin dekat porch kereta. Asalnya, pelamin nak buat dalam rumah (dulu2 mak tak setuju nak buat luar rumah T_T ), tapi lepas dengar consultation dari katerer tu, mak abah macam setuju pulak nak buat dekat luar. Jadi, dari segi pelamin dah ada perubahan. 

Tak dapat gunakan pelamin sama untuk akad nikah. Jadi, solutionnya, mini pelamin untuk nikah. Since abah setuju nak buat pelamin dekat luar, cost mini pelamin, dorg yang support.hhihihi. :P

3. Tukang bagi doorgift - Abah decide nak upah 3 orang untuk buat kerja bagi doorgift kepada tetamu since masa berbincang tu, katerer ada sebut yang dorg provide servis tu. Upahnya RM50 seorang. Abah pun tak kisah. Lagipun nanti ada 2 entrance & exit untuk tetamu, takut ada tetamu tak dapat doorgift masa balik sebab terlepas pandang & tak nak susahkan sedara mara masa hari tu untuk bagi doorgift walaupun boleh je letak doorgift banyak-banyak dekat atas meja dekat dua-dua entrance kiri dan kanan.


Rohani Event Catering (REC) - facebook page (here)


p/s -kte dah buat HIV test! :D Alhamdulillah. :) Dah update entry ni

11 comments:

  1. waahh..best la servicee REC ni...impresseddd:D

    ReplyDelete
  2. Ok LA kan charge RM50 sorg utk in charge door gift.yg ptg teratur.

    best2!Sya nye wed Lambat Lagi (Dec next year).
    tunggu next year Jan br bLeh start pLan/book bagai.

    All the best dear =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u, Sya :) all the best to you too ;)

      Delete
  3. ha'ah style meja panjang is back!
    kenduri saya itu hari pun style meja panjang..
    like sgt2 & jimat space (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! :D aah, kalau meja pnjang jimat space ;)

      Delete
  4. wahhhh.. banyak untung kalau ngan katerer ni.. gud2.. tak sabar nak tggu ur wedding lah, gud luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..mtk2 semuanya berjalan lancar dgn katerer ni,nnti :) thnk u,dear.;) jemput dtg nnti,yer :D

      Delete
  5. best ye.. harga buffet dgn serve sama! weee....
    a'ah.. style meja pjg memang dh rmi org gune skang. even kite pun gune meja pjg ni. meja pjg nampak kemas sikit dr meja bulat yg nampak kerusi bersepah-sepah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..tak sangka harga serve & buffet sama. rupanye, katerer tu concern dgn tetamu, esp yang dah berumur & anak kecik2, mesti susah nak amik makanan kalau style buffet. dgn pinggan lagi nak, pegang, anak2, air lagi nak kne amik..jadi, dari dulu dia decide, takda extra charge utk serve dimeja. :) hehe. Aah, meja pjg nampak lagi kemas & teratur ;)

      Delete
  6. bukan sng nk dpt catering mcm nie..pilihan yang bagus nie
    smga majlis u berjalan dgn lancar..
    have a nice day

    ReplyDelete