Tuesday, December 31, 2013

Let's Exchange Link, Pretty Lovelies!

Greetings Lovelies! 

Calling all brides-to-be and any lovelies passionate on weddings, 
do drop your link into this entry's comment box below
and 
let's talk, eat, drink,walk, sleep & dream of wedding! 
Will follow ya back! 
Thank you!


p/s - this is a sticky post, please scroll down for the latest entry of this blog :)

Friday, December 27, 2013

Shopping Kain & kembali ke Butik Nawy!

Assalamualaikum & Hello Lovelies!

Sempena cuti Hari Krismas yang lepas, husband & saya ke Shah Alam untuk tempah baju dengan our favourite boutique, Nawy Aris. :)

haha...sangat lama dah tak jumpa Nawy. Makin berseri-seri muka *ehem,ehem* :p
Butik pun nampak cantik interior dia. Nice! Collection kasut pun banyak cuma tak sempat tengok. Jeling-jeling jer. hehe. Ktrg ke sana dengan tujuan nak hantar kain untuk buat baju sempena wedding cousin, insyaAllah May 2014. 

Tema yang diberitahu:
Malam akad nikah: Morocco (apa-apa warna pun boleh), jadi we olls decided pilih purple :)
Majlis bersanding: Dusty pink for family

haha..masa dah bagitau pasal warna, memang gila la terbayangkan Jakel KL walaupun masa tu dekat Perak. huhu..*sayamemanggilershoppingkain*

Jadi untuk husband:
Purple - beli di Maya Silk Jalan TAR, kain yang biasa dia beli untuk buat baju melayu. Crepe, RM20/meter
Warna yang dicari dapat jumpa. Sangat suka dan recommend kain ni. Berat sederhana dan bila pakai cantik jatuh pada badan. Tahap kekilatan dia pun sederhana, not too shiny atau malap. Just nice for men. Harga asal dalam RM25++/meter. Sila tawar-menawar yer ;)

Dusty Pink - beli di Jakel. Valentro, RM20/meter. ehm, sebenarnya tak berapa favour Valentro mungkin sebab dia agak shiny untuk lelaki, nipis sikit & ringan. Since husband agree, ok je. Tak pernah lagi tengok dia pakai Valentro. Ada sepasang baju melayu dia dari Valentro tapi belum amik dari kedai jahit lagi. Judgemental betul I ni. huehue.

Kiri: Crepe Purple dari Maya Silk
Kanan: Valentro Dusty Pink dari Jakel KL

For me, beli kain murah/diskaun dekat Jakel. Kain yang agak nipis, tapi tak perlu lining.
French crepe warna dusty pink, Harga Junam kata Jakel; RM12/meter.

Complicated skit sebenarnya masa cari kain Dusty Pink sebab kebanyakkannya agak kusam dan malap. Being myself, tak berapa confident bila gayakan warna yang macam tu. Ada tendency muka/kulit nampak kusam. 

Jadi, we went off for something lively for dusty pink. Result: Happy! :)

Untuk lace pulak, contemplated masa dekat Jakel. To buy or not to buy. Akhirnya, tak beli pun border lace dekat sana. Tak jumpa yang sesuai dan berbaloi dengan harga. Mahal sebenarnya border lace dekat situ dan kebetulan, memang tak ada yang berkenan dihati despite akak Jakel tu suruh amik. Followed my intuition dan tak jadi beli walaupun masa tu macam dah pasrah nak amik je. Border lace double (atas bawah) RM68/meter. Untuk buat patching, akak tu kata perlukan 1 1/2 meter, memang cancel terus jawabnya sebab mahal dan tak berkenan.

Akhirnya, patah semula ke Jalan TAR dan masuk ke Gulati's. Haaaaa....jumpa pulak salesperson yang sangat ok berbanding akak-akak di Jakel walaupun dia lelaki dan bukan local. Macam ada chemistry pulak dengan dia bab-bab lace ni. haha. lagipun dia pandai amik hati dan tak desperate. Masa jumpa dia, minta nak tengok my favourite lace, Gucci Lace. Jenis lace yang sama guna masa nikah dulu, beli dekat Gulatis jugak. 

Bila nampak, aaaaaaa....melting.......Cantiknya......

So, amik Gucci Lace semeter yang ada border atas dan bawah plus bunga-bunga tabur di tengah-tengah. Warna Pale Gold, ada pearl & batu skit.
Puas hati dari beli border lace semata. :DDD
Walaupun budget lari, tapi tak boleh tahan temptation Gucci Lace tu...
RM150/meter.


 Kiri: Gucci Lace, warna Pale Gold dari Gulatis
Kanan: French Crepe Dusty Pink dari Jakel


 Close up



After quick (quick ke?) discussion and belek-belek magazine dengan Nawy, decided untuk buat Kurung Moden Pendek (bawah punggung) dan patch lace seberapa banyak yang boleh asalkan tak terlampau sangat pada baju. 

Thanks, Nawy! hehe

Upah pun berpatutan. :D dah jadi regular customer ni..Baju melayu lelaki RM120 dan perempuan pun sama, apa-apa baju starting RM120. 

Siap insyaAllah hujung bulan tahun depan.

Sekian sahaja kali ini. 
Thank you for reading!
:)

Tuesday, December 24, 2013

Baju Raya? Bukan. Baju-Selepas-Raya by Jovian Mandagie

Assalamualaikum & Hello Lovelies!

Raya? Dah lama raya lepas tapi baru sekarang nak cerita..hehe..Ampunn, memang tak kesampaian sebelum ni. Harini baru boleh menaip. "Backdate" theme kte minggu ni! :p
Lepas ni ada la beberapa post yang dah lama duduk dalam draft keluar..jgn terkejut..huhu

Back to our story --> Alkisahnya nak beli sepasang baju Jovian Mandagie untuk raya...tapi tak jadi beli masa tu. 
Kemudian, ada sale pulak on which dah tak ingat pulak bila tarikhnya dekat butik Jovian, Bangsar.
That is when I decided to beli sepasang. :D Went to the boutique and tried beberapa pasang yang berkenan di hati.


Suka sangat yang ni (Fajeeda - Jovian Mandagie for Zalora). Pernah try yang ala-ala macam ni dekat Tesco, collection Orked by JM. 
 

Yang ini pun cantik tapi diri sendiri tak yakin boleh pakai dengan confident.
Reason: perut! :p


This maroon kurung moden antara yang dicuba. Unfortunately, design ni tak sesuai untukku...nampak lagi kembang.. :'(
But it's a nice one...sesuai untuk yang slim :)

Ini pun antara yang dicuba..husband yang urged suruh try...tapi tak berapa sesuai jugak..

This one sangat simple & cantik, tapi tak ada dekat butik..
Jihan

Finally, inilah yang dipilih...
Husband's choice. :) He knows the best for me.
Tutup mata  and swiped the debit card.
All in all, I love it. 


Cuma mine warna dia off white yang ala ivory & floral embellishment on right side warna powder-pink.



Walaupun dalam Zalora ada jual, tapi bila difikir-fikir berpuluh-puluh kali (walaupun sangat tergoda nak beli online), lebih baik pergi butik, try it on, then baru tahu whether baju tu sesuai dengan kita ataupun tidak.
Kadang-kadang kita rasa baju tu cantik sangat (model yang pakai), bila dah dapat, try, baru sedar yang baju tu tak berapa sesuai dengan figure kita. Tapi! kalau kita betul-betul tahu apa yang sesuai dengan diri sendiri dan confident, tak ada salahnya kalau beli online. Apa yang penting, apa pun yang kita beli, mestilah value for money, worth it dan tak membazir.


source:
Zalora (diskaun still ada on certain items-boleh terjah!)

Tuesday, July 16, 2013

Inspiration Board: Roses & Sweet Poems

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Entry ni dah lama terperap dalam draft. Baru sekarang keluar. Dapat menceriakan diri di masa berada dalam kesempitan & kesakitan.
Dan juga, kepada mereka yang tercari-cari sweet & simple but lovely poem..
Today, it's all about roses :)


Roses are red,
Violets are blue,
Sugar is sweet and
So are you!

Roses are red,
Violets are blue,
You may not know it,
But someone is in love with you

Roses are red,
Violets are blue,
Did you know,
I am in love with you


Roses are red,
Violets are blue,
Love never crossed my mind,
Until the day I met you...

Roses are red,
Violets are blue,
When things fall apart,
Love is the glue.

Roses are red,
Violets are blue,
I'll never love someone like I loved you.






And finally, a quote for myself;

May the little flowers lying in gloom,
Rise & bloom, swaying endlessly,
this way & that way,
morn to dusk everyday, Get well soon.





source: top, middle, bottom, final quote


Saturday, July 13, 2013

Inspiration Board: Laid Back & Romantic Photo Shoot

Assalamualaikum & Hello Lovelies!

It has been a long time since my last post back in May...Alhamdulillah, finally got a chance to write something  :)

Spirit of wedding, erm, macam pelik je bunyinya...What I mean is semangat betul tengok banyak inspiration baru for wedding dalam a few of my favourite sites, rasa macam nak experience lagi sekali pulak :P lol

Wedding enthusiast macam kte niy memang macam niy, dah kawen pun still kalau boleh tiap-tiap hari nak up to date dengan latest inspiration pastu menganga, giggling sorang-sorang & orang lain pulak tengok pelik semacam..haha
Sorry but I just can't help it. Updating myself on latest wedding inspiration is my addiction. 

So, tema harini ialah laid back & romantic photo shoot..setting yang sesuai untuk pre ataupun lebih manis lagi, post wedding photo shoot :)







Nice right...Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana nak buat photo shoot macam ni? Dekat mana nak beli bunga & props yang lain?

If I were to make this as an inspiration for my own photo shoot, I will get some pretty & yummy custom made macarons from Le Chouette Macaron. Untuk gubahan bunga yang menarik & sweet, kte akan contact Flora By Shayra cause she always did awesome & gorgeous flower arrangement. Bagi venue photo shoot pulak, kte terbayangkan Taman Tasik Perdana. hehe. Untuk props yang lain, I believe kita boleh utilisekan barang-barang yang sedia ada di rumah macam meja kecil, bantal-bantal comel. Mungkin kita boleh jahit sarung bantal yang baru & tak membazir kalau kita pandai pilih fabrik yang menarik dengan harga yang murah & boleh digunakan lagi in the future. In terms of attire, pakailah attire yang casual & selesa dipakai untuk photo shoot outdoor. Untuk photographer, cuba grab photographer yang buat promotion untuk outdoor photo shoot. For the pass few months ada photographers yang buat promo package macam 10 slots available untuk photo shoot dengan harga RM300++ dan sebagainya. Takpun, dapatkan kawan-kawan yang talented in photography atau family member, boleh berjimat. Antara yang paling penting, main dengan warna yang sesuai supaya nampak harmoni & sejuk mata memandang.

The only limit is your budget & it's all depending on your creativity to put things into place & harmonize them.

Keep up-to-date & be inspired ladies! ;)

source: here originally from Style Me Pretty

Wednesday, May 29, 2013

Wedding Review: versi Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Thank you Family! 

 Mak & Abah

 Pak Cik & Mak Cik sekeluarga

 Pak Teh & Mak Teh sekeluarga

 Family Tok Mak JB

 Family sebelah Mak

 Mak Teh & Ateh sekeluarga

 Acu & Mak Su sekeluarga

 Pak Lang & Mak Lang sekeluarga

My Immediate Family - Ajim, Mira, Mak, Abah & Dekwan

Friday, May 24, 2013

Wedding Review #12: Baju Pengantin Pink, Kasut & MUA

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Wedding dress: Weddings Galore
Design: sincerely by me :p
MUA: Kak Eifa WG
Kasut: Tempah dari WG

Baju pengantin: Dari kain chiffon. Warna bold pink. huhu. Tempah sewa dengan WG. Tak tahulah ada ke tak yang nak pakai lepas majlis aritu..Warnanya terang. Lace, off white pilih sendiri dengan Kak Julie WG dekat Gulati's Bandar Baru Bangi. Baju keseluruhan light & selesa, senang nak bergerak.

MUA: Package dari WG. Kebetulan Kak Eifa pun duduk area Senawang. Make up untuk reception jenis yang tak heavy, agak natural sebab majlis buat di rumah...bawah cahaya matahari. Puas hati dengan make up. :) Rupa tak lari daripada yang asal...hehe

Kasut: Design yang simple sahaja sebab nanti tak segan nak pakai semula. cost dah tak ingat berapa.maafkan saya... :p Request tak nak tinggi sangat sebab banyak berjalan. Nanti melecet pulak & risau tak stabil...Lagipun, kaki saya kecik.












Wedding Review #10 : My Girls (Pengapit & Bridesmaids)

Assalamualaikum & Hello Lovelies
"Each one of you are equally special to me though we share different experiences with one another. 'How' and 'when' we met were different. Different story and timing but fate brought me together with each one of you. I couldn't imagine what my days were like if I don't have all of you by my side. Dear friends, you are special & I thank you for being by my side on my big days, rain or shine. No words can truly describe how grateful & how lucky I am surrounded and supported by all of you. May this bond of friendship lasts until eternity. Love & hugs."






Thursday, May 23, 2013

Wedding Review #11: Dessert Table

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Dessert table atau candy buffet antara trend dalam majlis perkahwinan masa kini. Kte pun bercita-cita nak provide untuk tetamu jugak. Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat tu. ;)

Rasanya, haritu dessert table ni yang buat kawan-kawan stick lama sikit masa lepas makan bawah khemah. Dessert letak bawah khemah yang di sebelah pelamin, ada kerusi-kerusi extra untuk tetamu makan & berbual. Glad they enjoyed it :) Seronok tengok tetamu tak terkejar-kejar balik & berbual dekat area situ. 

Hmmm...bajet untuk dessert table ni tak besar..Ekonomi. Jadi, selective sikit bab apa yang nak dihidangkan. Masa nak tempah dessert, nasib baik jumpa yang dekat area Senawang jugak. Tempah daripada Kak Hani - Hani N Bake. Jadi, senang nak pick up dekat Tesco Seremban Jaya. Rasanya pun tak mengecewakan. Sedapp. Almost semua licin. hehe. 

OKies, haritu dessert table ada:

- apam polkadot tema pink & putih
- slice carrot cake
- slice strawberry cake
- slice chocolate cake
- rainbow cake version ombre

Apam polkadot tempah dari dua tempat. 1 dari kawan mak & 1 batch lagi tempah dengan dessert yang lain dengan Kak Hani. Yang sempat kte rasa sikit, rainbow cake dengan slice cake strawberry. Carrot cake dengan chocolate dah lama habis...Dapat tengok gambar je. hukhuk. Dari gambar, carrot cake nampak moist je..kempunan pulak.hehe. Chocolate cake mestilah sedap kan, faveret! 

Carrot cake
see, nampak lembap kan...mesti sedap sebab yang ni licin, habisss...

Apam Polkadot
comel-comel je...hehe

Chocolate cake


Strawberry Cake
ini pun sedap. Sempat rasa. Ringan & lembut. Buttercream pun tak manis. Best!

Rainbow Cake ~ Ombre Pink
Ok, yang rainbow cake ni memang sedap...lembut je..Rasanya ada cream cheese/ fresh cream,,lupa pulak. Tapi memang sedap. Tak muak makan. Kte request version pink ombre, luar pun ombre tapi nak swirl. Pandai Kak Hani buat, swirl dia kecik molek, teliti sungguh. Kemas kek dia. Sayang pulak tak ada gambar kek yang dah dipotong, nampak ombre dia 5 layer.

Amik daripada FB Hani & Bake. hehe. 


Jadi, B2B daripada Seremban, apa lagi, bolehla tempah dengan Kak Hani. Luar dari Seremban pun boleh je. Sedappp. :D Tak ada masalah untuk request macam mana design dessert yang kte nak. Macam aritu, kte tunjuk gambar sikit & request nak ada monogram A&R. Alhamdulillah Kak Hani menepati apa yang kte bayangkan. 

Meja dessert tu pun DIY oleh family jugak. hehe. Thank you again, semua! :D Pinggan putih tu beli dari Ikea, cake board tu beli dekat kedai bakeri Rakan dekat Senawang. My favourite bakery store sekarang ni. Macam-macam barang ada.Gatal tangan nak beli. hihi. Fresh flowers tu dari Flora By Shayra tapi dalam bentuk loose flowers. Cousins yang tolong gubahkan...Tapi tak ada gambar close up pulak :( Tahan lama jugak bunga tu, letak dalam bilik.huhu