Monday, April 29, 2013

Edisi Baju Raya 2: Dah Hantar Untuk Jahit

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Aaaaa...legaa...Entry sebelum ni ada cerita pasal kain baju raya (sini). Semalam 4 pasang kain dah selamat dihantar jahit. Unexpectedly, tailor yang biasa hantar buat baju dah tutup tempahan untuk baju perempuan. Rasa sakit hati jugak masa pergi kedai tu hari sabtu lepas. Sob sob. Keluar je dari kereta dah nampak 3 orang mak cik bawak beg plastik isi kain menuju kedai jahit tu. Dalam hati, mintak-mintakla ada slot kosong lagi untuk tempah baju kurung pakai hari biasa & untuk raya. Masuk je kedai, dah ramai, penuh orang. Auntie tailor tu siap lambai "Hai" lagi masa mula-mula sampai. Kononnya adalah harapan lagi (tersenyum lebar ni). Malangnya, takde rezeki masa tu. Tempahan baju perempuan dah penuh, baju lelaki sahaja yang boleh lagi... Takpelah nak buat cemane. :(

Salah sorang mak cik tu cakap, " Lain kali you letak la notice dekat luar kedai, tulis tempahan dah penuh. Tak adalah orang datang masuk penat-penat bawak kain (ayat yang kedua adalah monologue dalaman sendiri)".

Auntie tailor jawab," Aiyaaa, aritu sudah letak...tapi orang masuk jugakk..(sambil senyum)".

Takpelah...Memang tak ada rezeki tahun ni nak buat dekat kedai tu. 

Mujurlah aritu Nawy ada invite pergi pre-launch butik baru dia, D'Versailles, dekat Shah Alam. Satu row dengan butik lama dia, cuma yang baru dekat tingkat atas. Ada makan-makan pukul 10pg katanya. Dalam FB page, katanya ada promotion tempah baju. Dari RM50 - RM100. Tapi ada T&C apply. Yang tu tak tahu apa. Text Nawy hari sabtu malam, nak tanya apa T&C dia, tapi as usual, Nawy kan busy..tak reply..hoho.


Ktrg sampai petang, dalam pukul 3 rasanya selepas attend 2 wedding & celebrate belated birthday hubby's bff. 


Apa yang terjadi di butik Nawy?

Sampin
  • ada jual sampin tenunan India. Corak lebih kurang sama dengan terengganu. Cumanya harga affordable banding dengan samping songket terengganu yang pricey  & ribu-ribu. 
  • Kenapa murah? sebab datang dari India, labour rate rendah, jadi cost murah, harga rendah. Samping-sampin datang direct dari India/dari supplier terus, katanya. Siap tunjuk video dalam phone lagi orang India tengah menenun songket.
  • yang paling penting, sampin dari material cotton. Bukan sutera. Barulah tak was-was untuk lelaki pakai.
  • sweet husband sangat confuse, rambang mata & pening pilih sampin. Akhirnya beli 2 sampin. Untuk match dengan baju raya tahun ni & satu lagi untuk pakai bila-bila.
  • katanya kalau tak beli lagi dengan harga promotion macam ni, bila lagi nak jumpa. Ini first time dia beli sendiri. Sebelum ni collection ayah. huhu. 
  • Harga sampin ada 3 kategori, RM1200, RM800 & RM400. Boleh dibezakan ikut kualiti material & warna samping tu.
  • confession: saya pun rambang mata+excited tengok sampin-sampin tu. Siap jack2 dia lagi kata,  "belilah...nanti lain kali boleh pakai dengan baju lain kalau pilih yang warna-warni ni..." hehe. bad me. :P
Tempah baju
  • promo tu rupanya best sangat! Nawy kira upah senang je. RM50 untuk buat baju tak ada lining. RM100 untuk tempah baju dengan lining.
  • Sangat affordable & murah. Sebab tak kira design apa, material apa pun kain kte, harganya sama je. Samada RM50 atau RM100. 
  • Maximum tempahan 4 pasang untuk seorang. 
  • Promo hanyalah hari semalam, Ahad, 28 April 2013, dari 10 pagi sampai 10 malam. 
  • Yess, kte pun tempah max 4 pasang terus. 2 untuk baju raya & 2 lagi batik..Dah lama sangat simpan batik tu..ada lagi 3 kain batik terengganu yang belum buat baju. Marah my baby masa tahu kte simpan banyak batik yang dia bagi. 
  • Dia pun tempah baju melayu raya sepasang. Mintak Nawy belikan kain & jahit. Bajet untuk kain RM20/meter & upah RM80. Warna macam gambar baju kurung moden (pinjam baju dekat butik tu buat contoh) dekat bawah. 

Welcome entrance decoration dekat tingkat bawah

Nawy busy melayan customer


Kain sampin at promo price

Ni pun cantik jugak. Soft colours

Yang atas tu cantik

Cantik warna dia. Tapi dia tak pilih ni :(

Ok, siap tunjukkan video orang India menenun sampin

Suka warna-warni

Matching in progress

Biru muda

Cuba-cuba dulu

Berkenan dah ni


Ok, decide nak amik 2 niy

Idaman hati si dia

Kain-kain untuk buat baju



Measurement taken

Boleh la contact Nawy yer...

Wednesday, April 24, 2013

Inspiration Board: As Sweet As Cupcakes

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Life should be as sweet as cupcakes though it may not always be a pretty one.








true enough; When life gives you lemons, make lemon cupcakes.
Manipulate sourness of life into something sweet. That's the way to live life the right way.

Monday, April 22, 2013

2nd Month Anniversary

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Harini, 22 April 2013, genap 2 bulan kami berkahwin. Alhamdulillah. :) Last time, masa 1st month anniversary, ktrg sambut dengan sederhana & biasa-biasa saja. Tapi seronok jugak. Makan burger bakar yang sedap. huhu. Kali ni, ada kesempatan pergi KL haritu, sempat belikan my love something ordinary tapi special di mata.

Blooming Blossoms.
Yup, skrg kan spring dekat overseas. 
Siapa yang dah pergi SOGO mesti cam paper bag yang cantik ni. Geram tengok. Nak satu jugak. hehe



Masa dekat SOGO tu cari-cari something untuk dihadiahkan sempena 2nd month. Teringat yang dia belum ada lagi tie yang sesuai untuk pakai dengan kemeja yang kte hadiahkan sebagai hantaran aritu. Jadi, it was decided, nak cari tie. :D

Dekat men's wear floor, level 2, SOGO, berkenan dengan tie ni. Rasanya-rasanya sesuai dengan warna kemeja tu. 

Inilah tie nya. Tadaaa....
Nasib baik tak awkward combination tie dengan kemeja pink/purple tu. Fiuuhh :D
Lovely husband pulak, hadiahkan something yang memang special. Lagi mahal dari hadiah kte, dalam hati rasa segan pulak :( Serba salah pulak. Takpelah, next time kalau ada rezeki lebih, adalah something special untuk dia jugak. :) Katanya, dia hadiahkan sebab dah jadi satu keperluan. Sebenarnya, mesti dia dah boring handphone dia asyik kena pau je :P haha

Thank you, sayang! :D hee

Akhir kata, a famous quote from Jimi Hendrix,

Friday, April 19, 2013

Edisi Kain Baju Raya 2013

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Puasanya bulan Julai nanti. hehe. Kain kenalah dah beli dulu sebab biasanya kedai jahit yang kte hantar buat baju kurung selalu tutup order untuk raya 2 bulan sebelum. Jadi, probably end of may ni last untuk hantar kain untuk raya tahun ni. 

Bab-bab beli kain ni memang aktiviti kegemaran. Seronok sangat kalau dapat pergi kedai kain. Teruja! Rasa macam I belong there & kalau dalam dunia ni ada kerja beli-membeli kain, memang nak sangat kerja tu. Its' my passion (terlebih la pulak :P )

Setiap tahun parents (biasanya pergi dengan mak abah je, adik2 ni bukan suka sangat masuk kedai kain. lagi-lagi yang lelaki. asek tanya bila nak balik je.huhu) akan bawak ke Jalan TAR untuk beli kain baju raya. Dan SAYA lah orang yang paling excited dan boleh dikatakan 60% bertanggungjawab memilih kain according to tema warna untuk family. 20% lagi idea, pandangan & sokongan dari mak untuk decide final kain apa. Dah rambang mata, semua pun nak. Jadi mak punya opinion memang sangat membantu untuk final decision. hoho. 20% lagi of course lah purchasing power yang ada ditangan mak & bab tawar-menawar yang kte tak berapa pandai nak buat. huhu.

Kalau pergi Jalan TAR, selalunya akan beli dekat Jakel. Susah sikit nak pergi Gulatis sebab dorg (SA lelaki) kadang-kadang tak faham apa yang kte cakap & kain agak pricey. 

So, this year, walaupun dah kawin. still pergi beli kain dengan parents jugak. hehe. Tapi duitnya dari poket sendiri lah. T_T . Sayangku pulak tak ikut sebab ktrg pergi hari rabu, dia kerja. Dari dulu lagi kalau nak pergi SOGO , Jalan TAR family memang suka pergi hari kerja, orang tak ramai sangat.

Jadi tahun ini konsepnya adalah mix & match. Nak kurangkan buat baju kurung biasa/moden yang sepasang, sama dari atas ke bawah. Rasa macam dah bosan sikit jadi nak tukar angin. Baju & kain dari fabrik yang berbeza. :) Setelah spend beberapa jam dalam Jakel dengan Mak, akhirnya dapat kain untuk 3 pasang baju :D


Tahun ini sayangku kata nak tema pink. Lepas tu tukar pulak nak royal blue sebab aritu tak pakai warna royal blue untuk bersanding. Dia jeles dengan pengapit & bridesmaids yang pakai warna tu. hehe.

No.1 - Cotton Polynosic & Cotton Plain
Masa dekat Jakel, susah nak cari kain royal blue. Masa tu memang dah pegang sample kain Valentro (plain) warna royal blue, tinggal nak cari kain bercorak untuk matching. Tapi tak jumpa, akhirnya amik kain cotton polynosic dekat bawah ni. Eventually, kain plain pun tukar material, dari Valentro kepada cotton plain warna biru muda. Sebab nampak naik warnaya.

Cotton polynosic ni tetap kena rendam dulu sebelum hantar jahit. Cumanya dia lagi lembut,smooth & mudah digosok.Tak keras macam Japanese cotton. huhu. Banyak giler corak-corak baru. Rambang mata sangat-sangat. Polynosic RM35/meter, dapat RM32. Cotton plain RM22/meter dapat RM20.



No. 2 - Jacquard & Valentro
Yang kedua, warna gold & coklat. Warna ni tak ada lagi dalam almari. Selalu pink, purple, biru & hijau yang banyak. Kali ini, nekad nak cari warna yang tak ada lagi. Kain atas adalah kain jenis jacquard - sederhana tebal, ada pattern & texture yang menarik :) RM22/meter.Yang bawah pulak match kan dengan kain Valentro plain RM25/meter warna coklat. :D



No.3 Corak Tribal
Last but not least, kain tribal. Sekarang musim tribal. Dekat Jakel pun dah ada. Boleh buat top ataupun baju kurung. Yang ini beli dekat ground floor, dapat RM90 sepasang. Harga asal RM158 sepasang. Masa tu dah nak balik, baru turun dari tingkat 1. Dalam hati teringan jugak nak sebat tribal memandangkan Mak dah dapat kain tribal dia warna hijau (lawa!) dekat tingkat 1. Tapi yang ini berbeza material & corak. Yang Mak punya lagi lembut & licin, sedap pakai. Hehe. Bolehla, tutup mata je bayar dekat cashier. :P


Akhir kata,


Thursday, April 18, 2013

Owh, Gwiyomi! By Gail Sophicha

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Kalau tengok lately ni, trend Gwiyomi semakin menjad-menjadi. Kadang-kadang rasa malas dah nak tengok version perempuan-perempuan comel-comel+cute+mata besar bibir pink (ke jeles sebenarnye? :P) Nak nak lagi version yang macam bapuk pakai rambut palsu pink tu. hehe

Malam tadi ada friend dalam FB share video ni. Seriously, comel giler budak niy! Sangat comel version gwiyomi dia. Siap ada main ukulele lagi. Suka tengok part dia cium 6 jari tu. Too cute! 

So, search dalam YouTube - Gwiyomi+Gail Sophicha & tadaaaa! 
Jumpa. :D

Yang ni tengok banyak kali pun still rasa best. Somelll sangat! 



Rupa-rupanya Gail ni memang pandai main Ukulele sambil menyanyi & ada fanpage lagi. 395k like lagi!. haha
Too cute & talented. 


Kalau ada masa cuba tengok Gail nyanyi Lazy Song (Bruno Mars) dengan Ukulele dia..Comel giler. Dah teringin 1 hari nanti nak ada anak perempuan secomel Gail ni.haha 


Inspiration Board: All in White. Pink+Peach

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Tak tau macam mana nak explain. Tapi adore gambar dari wedding ni sebab nampak sejuk mata memandang. Pleasant. Yes, that's the word.




Yang menarik:

Pic 1 - Dessert table dengan beberapa biji kek. All white. Just decor sikit je dengan pink flower & daun. Meja vintage. Simple garland. Cukup. :) Nice.

Pic 2 - Hand bouquet bridesmaids yang simple. Dusty miller & baby's breath. Reminds me of winter.

Pic 5 - Bride's hand bouquet. Pink, peach, green & white. Cantik.

Pic 6 - Hand bouquet flower girl. Roses & baby's breath. Pun comel sangat. 



Wednesday, April 17, 2013

Inspiration Column: Fabulous Dream Kitchen

Assalamualaikum & Hello Lovelies

In shaa Allah our new (and first!) house akan siap tahun depan. Jadi lately ni selalu jugak jenguk-jenguk home decoration sites & blogs + belek-belek magazine Impiana & Anjung Seri dekat rumah tok mak aritu.

Semalam pun baru beli satu magazine yang features pasal kitchen sahaja - RM10. Tapi rasa tak berbaloi pulak beli. Lepas flip through, kebanyakan idea macam tak up-to-date...frust sikit 10 ringgit melayang...huhu
Lepas ni memang refer dekat internet je untuk idea & inspiration nak hias rumah. 
Free & banyak idea menarik.



Suka sangat  dengan idea kitchen yang macam ni. Feeling fresh & bertenaga bila masuk dapur. 


Hijau. Sejuk mata memandang. 


 Baby blue. Pun menarik. Soft & inviting. Rasa macam selesa duduk santai-santai dekat dapur.


Simple tapi nampak selesa. Dapur yang betul-betul feeling macam feels like home.

Friday, April 12, 2013

Mad About Baking: Brownies!

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Hati ni sangatla craving nak baking...dah lama sangat rasanya...Dekat sini oven kena repair dulu kalau nak bake. Tapi tak sama pulak baking macam dekat rumah parents dulu walaupun tak ada oven canggih..just oven jenama Butterfly :)

Gambar hiasan sahaja
Dah tau diri tak dapat baking tapi still degil tengok resepi-resepi yang menggoda...
Brownies! kenapa macam sedap je resepi tu..rasa macam nak cuba, tapi tak ada bahan-bahan & most importantly, no oven.. sobs sobs sobs...

Tengok gambar je yang boleh...Takpe tak lama lagi nak balik rumah parents, nak lepas dendam.HEHEHE

Can't wait to put my hands on you, oven!

Chocolate Chip Cookie Dough Brownies
recipe: here
Rupa macam ala-ala Secret Recipe Chocolate Cheese bottom dia..Mesti sedapp


Basement Brownies
recipe: here
Caramel & melted chocolate chips..ehmm, gooey !


 Cocoa Brownies
recipe: here
Crunchy top :D