Wednesday, May 29, 2013

Wedding Review: versi Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Thank you Family! 

 Mak & Abah

 Pak Cik & Mak Cik sekeluarga

 Pak Teh & Mak Teh sekeluarga

 Family Tok Mak JB

 Family sebelah Mak

 Mak Teh & Ateh sekeluarga

 Acu & Mak Su sekeluarga

 Pak Lang & Mak Lang sekeluarga

My Immediate Family - Ajim, Mira, Mak, Abah & Dekwan

Friday, May 24, 2013

Wedding Review #12: Baju Pengantin Pink, Kasut & MUA

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Wedding dress: Weddings Galore
Design: sincerely by me :p
MUA: Kak Eifa WG
Kasut: Tempah dari WG

Baju pengantin: Dari kain chiffon. Warna bold pink. huhu. Tempah sewa dengan WG. Tak tahulah ada ke tak yang nak pakai lepas majlis aritu..Warnanya terang. Lace, off white pilih sendiri dengan Kak Julie WG dekat Gulati's Bandar Baru Bangi. Baju keseluruhan light & selesa, senang nak bergerak.

MUA: Package dari WG. Kebetulan Kak Eifa pun duduk area Senawang. Make up untuk reception jenis yang tak heavy, agak natural sebab majlis buat di rumah...bawah cahaya matahari. Puas hati dengan make up. :) Rupa tak lari daripada yang asal...hehe

Kasut: Design yang simple sahaja sebab nanti tak segan nak pakai semula. cost dah tak ingat berapa.maafkan saya... :p Request tak nak tinggi sangat sebab banyak berjalan. Nanti melecet pulak & risau tak stabil...Lagipun, kaki saya kecik.












Wedding Review #10 : My Girls (Pengapit & Bridesmaids)

Assalamualaikum & Hello Lovelies
"Each one of you are equally special to me though we share different experiences with one another. 'How' and 'when' we met were different. Different story and timing but fate brought me together with each one of you. I couldn't imagine what my days were like if I don't have all of you by my side. Dear friends, you are special & I thank you for being by my side on my big days, rain or shine. No words can truly describe how grateful & how lucky I am surrounded and supported by all of you. May this bond of friendship lasts until eternity. Love & hugs."






Thursday, May 23, 2013

Wedding Review #11: Dessert Table

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Dessert table atau candy buffet antara trend dalam majlis perkahwinan masa kini. Kte pun bercita-cita nak provide untuk tetamu jugak. Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat tu. ;)

Rasanya, haritu dessert table ni yang buat kawan-kawan stick lama sikit masa lepas makan bawah khemah. Dessert letak bawah khemah yang di sebelah pelamin, ada kerusi-kerusi extra untuk tetamu makan & berbual. Glad they enjoyed it :) Seronok tengok tetamu tak terkejar-kejar balik & berbual dekat area situ. 

Hmmm...bajet untuk dessert table ni tak besar..Ekonomi. Jadi, selective sikit bab apa yang nak dihidangkan. Masa nak tempah dessert, nasib baik jumpa yang dekat area Senawang jugak. Tempah daripada Kak Hani - Hani N Bake. Jadi, senang nak pick up dekat Tesco Seremban Jaya. Rasanya pun tak mengecewakan. Sedapp. Almost semua licin. hehe. 

OKies, haritu dessert table ada:

- apam polkadot tema pink & putih
- slice carrot cake
- slice strawberry cake
- slice chocolate cake
- rainbow cake version ombre

Apam polkadot tempah dari dua tempat. 1 dari kawan mak & 1 batch lagi tempah dengan dessert yang lain dengan Kak Hani. Yang sempat kte rasa sikit, rainbow cake dengan slice cake strawberry. Carrot cake dengan chocolate dah lama habis...Dapat tengok gambar je. hukhuk. Dari gambar, carrot cake nampak moist je..kempunan pulak.hehe. Chocolate cake mestilah sedap kan, faveret! 

Carrot cake
see, nampak lembap kan...mesti sedap sebab yang ni licin, habisss...

Apam Polkadot
comel-comel je...hehe

Chocolate cake


Strawberry Cake
ini pun sedap. Sempat rasa. Ringan & lembut. Buttercream pun tak manis. Best!

Rainbow Cake ~ Ombre Pink
Ok, yang rainbow cake ni memang sedap...lembut je..Rasanya ada cream cheese/ fresh cream,,lupa pulak. Tapi memang sedap. Tak muak makan. Kte request version pink ombre, luar pun ombre tapi nak swirl. Pandai Kak Hani buat, swirl dia kecik molek, teliti sungguh. Kemas kek dia. Sayang pulak tak ada gambar kek yang dah dipotong, nampak ombre dia 5 layer.

Amik daripada FB Hani & Bake. hehe. 


Jadi, B2B daripada Seremban, apa lagi, bolehla tempah dengan Kak Hani. Luar dari Seremban pun boleh je. Sedappp. :D Tak ada masalah untuk request macam mana design dessert yang kte nak. Macam aritu, kte tunjuk gambar sikit & request nak ada monogram A&R. Alhamdulillah Kak Hani menepati apa yang kte bayangkan. 

Meja dessert tu pun DIY oleh family jugak. hehe. Thank you again, semua! :D Pinggan putih tu beli dari Ikea, cake board tu beli dekat kedai bakeri Rakan dekat Senawang. My favourite bakery store sekarang ni. Macam-macam barang ada.Gatal tangan nak beli. hihi. Fresh flowers tu dari Flora By Shayra tapi dalam bentuk loose flowers. Cousins yang tolong gubahkan...Tapi tak ada gambar close up pulak :( Tahan lama jugak bunga tu, letak dalam bilik.huhu

Wednesday, May 22, 2013

Wedding Review #9: DIY Guest Book Table

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Semuanya inshaa Allah menjadi jika kita ada kemahuan & sudi berusaha ;)
Same goes dalam persiapan majlis perkahwinan. Bagi saya, selagi ada cara untuk berjimat & pada masa yang sama mampu berikan kepuasan, kita cuba lakukan sendiri.

Sebagai contoh, guest book table masa kenduri yang lepas, hasil DIY family members sendiri. Ada kenangan manis di situ. huhu. Sepatutnya kte yang DIY tapi masa tu dah sibuk dengan majlis khatam Al-Quran masa pagi sebelum kenduri mula. Haissyy...terpasksalah mintak tolong suami buatkan :P hehe..sorry yang..tapi lepas tu Pak Uda & cousins yang take over..hihi..thank you, semua ;) Jadi, to all b2b, a gentle reminder, time management & proper planning plus delegation sangat penting...hehehe

Tak ada plan/sketch pun & tak bagitau pun dorg macamana nak decorate & dekat mana nak letak GB Table tu. Alhamdulillah, semua ada tangan seni kot, pandai decorate & hasilnya kte suka. hehe


Okies, nampak tak bunga yang ada dalam 2 botol kaca tu, itu antara extra flowers yang kte request dari Flora By Shayra untuk decorate GB table. Thanks Shayra for those lovely carnations! Botol tu cousins yang decorate, letak ribbon bagi tutup sikit sticker/kertas yang originally balut botol tu sebelum ni.

Big letter block - A & R plus heart shaped beli di Typo, Setia City Mall dulu.
Untuk menulis, kte sediakan marker pen warna pink, hijau & hitam yang boleh dibeli satu-satu dekat kedai buku. Magic colour tak tahan lama, kalau pen stabilo pulak halus sangat. Jadi, kte pilih marker pen, senang. Besar pun besar tulisannya. Lepas tu, dorg letak marker pen dalam gelas kaca yang kte beli dekat Ikea.


'Love is Sweet' garland. Ok, ini antara yang unexpected. hehe. Hubby salah faham. Patutnya letak dekat Dessert Table tapi tersangkut dekat GB Table pulak. huhu. My mistake :P. Patut bagitau dia awal-awal. Kesian dia kena gunting huruf tu pepagi. hehe. Sorry sangat, yangggg...




Free custom printables daripada Wedding Chicks. Ikut warna tema wedding. Purple & pink with a touch of gold. :) hee

Inilah dia Guest Book Table saya yang humble but sweet & memorable oleh suami & family :)

Barang-barang lain atas meja tu macam bunga & snow globe tu dari rumah. Amik apa yang ada. Plus, meja pun meja dari rumah ;)


So, thank you kerana membaca! 
Happy DIY-ing! :D 



Tuesday, May 21, 2013

Wedding Review #8: Pelamin Majlis Akad Nikah

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Selamat hari selasa, semua...

Untuk akad nikah di rumah, sepatutnya guna 1 pelamin tapi since untuk bersanding pelamin dah diubah letak dekat porch, kte adakan lagi 1 mini pelamin di ruang tamu. Mini pelamin ni mainly untuk acara selepas akad nikah, pemberian mas kahwin & pembatalan air sembahyang. Mini pelamin ni kte amik daripada butik pengantin yang dekat dengan rumah, Butik Andaman D'lieo dekat Matahari Heights, Senawang. 

Inspiration untuk mini pelamin ni simple but nice & sweet je. Tapi agak lari sikit hasilnya daripada apa yang kte bayangkan.hukhuk. Masa discussion, kte request:

- mini pelamin backdrop putih
- draping 
- bunga warna pink & purple (fresh flowers)
- ada bantal-bantal
- mirror box 

Tapi butik yang buat pelamin ni biarkan banyak daun dekat bawah rimbunan bunga. huhu. nampak agak kurang kemas sikit. Warna bunga pun tak berapa pink.hehe. Tiba-tiba ada peach pulak. Tapi takpelah, ni pun 1st time dorg buat pelamin design macam ni. Mirror box tu pun baru ada dekat butik tu. 

Thank you jugak untuk butik andaman ni sebab sudi take this challenge, sebab sebelum ni kte pernah approach butik lain & keluarkan idea design macam ni, tapi dorg kata tak boleh buat sebab barang-barang tak ada & takut pecah pulak vase semua. haha. Ok, itu satu benda yang kelakar. Kalau mentaliti macam tu macam manalah butik pengantin dekat Seremban ni nak maju. Jadi, kudos to Butik Andaman D'lieo sebab berusaha untuk upgrade perkhidmatan, mahu mencuba benda baru & cuba penuhi permintaan client. Lepas tu, client lain pun request pelamin draping jugak...hehe. Tak sia-sia dia keep update dengan latest trend, kan sebab mesti ada client yang request.






Shot dari butik andaman...

Oh, yer, Butik ni jugak yang buat pelamin masa kte bertunang tahun lepas. Idea untuk mini pelamin dari kte & nice finishing touches dari dorang. ;) Masa tu pun dorang belum pernah buat mini pelamin macam tu tapi sudi berusaha & meet the demand dari client. Harga pun affordable & berbaloi. 

Mini pelamin tissue paper flower masa bertunang. Guna untuk majlis khatam Al-Quran adik jugak. Tema warna kuning.

Monday, May 20, 2013

Pencarian Court Shoes

Assalamualaikum & Hello Lovelies

Rasanya asyik cerita pasal wedding review je minggu lepas. Arini cerita lain sikit. Pasal kasut. Lately penat &  sibuk mencari barang-barang untuk pergi kursus. Antara barang yang paling susah & complicated nak cari ialah "court shoes". Budak accounting, manalah pernah tau court shoes tu cemana. hehe. Rata-rata ktrg tak pernah dengar & tau cemana rupanya kasut tu. Haru-biru mencari.

Alhamdulillah, harini hari bersejarah sebab dapat jumpa court shoes yang sesuai dengan kaki saya yang kecik ini. Dan paling best, jumpa dekat Terminal 1, Seremban & tak perlu pergi jauh-jauh. Nama kedai, macam biasa, tak dapat nak recall.huhu

Untuk mereka yang nak tahu macam mana court shoes, boleh tengok bawah ni. Hopefully entry ini berguna untuk sesiapa yang nak cari court shoes di masa hadapan. Especially yang nak masuk government etc. hukhuk


Ada pelapik sekali sebab longgar sikit kalau tak pakai. Foc daripada kedai kasut, dapat 2 pasang  pelapik.



Court shoes ni comfortable & stabil dipakai. 
Tapak yang lebar & luas, depan kasut bulat. Itulah ciri-ciri court shoes.
RM49.90




Terima kasih kerana membaca! :D