Saturday, May 31, 2014

Sewa Baju Pengantin! Updated!

Assalamualaikum & Hello Lovelies

(this is a sticky post! :) scroll ke bawah untuk entry paling baru)

Apa khabar semua? Ni nak habaq ada kawan nak sewakan sepasang baju pengantin (lelaki dan perempuan) :) kalau nak sewa veil sahaja pun boleh, ada dua jenis, satu veil nikah dan satu lagi veil resepsi.

Baju pengantin lelaki ni pernah pakai sekali & baju perempuan pun sama. Jadi condition masih lagi tip top ;)

Untuk yang beminat, apa lagi boleh amik peluang ni :))
Gambar ada banyak owner ni bagi, jadi sila cuci mata, scroll bawah! :D
Harga sewa pun berpatutan :)


Baju Pengantin Perempuan

- Fit saiz M (mungkin L pun muat, akan diconfirmkan kemudian)
- Material daripada lace exclusive dengan lining sejuk, tak panas
- Warna : Light beige/cream
- Termasuk Veil
 (tudung tidak disediakan)


Suit Pengantin Lelaki:

- Fit saiz M, L 
- Material Duchess Satin
- Warna : Light beige/cream
- Tidak termasuk keris, tanjak & sampin
(Baju & seluar sahaja)


Sewa (baju perempuan & lelaki) + deposit
RM390 + RM200 = RM590

-Untuk Sewaan Veil Sahaja-

Veil Nikah
Warna: Off white
Material: Chiffon & exclusive beaded lace
RM50 + deposit RM50 = RM100
close up


Veil Resepsi
Warna: Light beige/cream
Material: Chiffon & exclusive beaded lace
RM50 + deposit RM50 = RM100


Baju Pengantin Perempuan


Suit Pengantin Lelaki


* Pick up di area Shah Alam.
* Tempoh Sewaan 7 hari.
* Tidak perlu cuci/dry clean.
* Deposit hanya akan dipulangkan sekiranya barang dihantar dalam keadaan baik sepertimana asal.


Kepada sesiapa yang serius ingin menyewa boleh hubungi/whatsapp/emelkan butiran ke:

012-387 6058
 nazirulamri@yahoo.com

Tuesday, February 11, 2014

Peluang Tak Dilepaskan: Dapat Beli Lace Murah!

Assalamualaikum & Hello Lovelies!


Cerita dah lama jugak sebenarnya. Masa tu hari Thaipusam, ada members day sale dekat SOGO. Lepas shopping sana, mestila ke kedai kain. hewhew. 

First time masuk ke Harrisons yang serba baru. Harga pun boleh tahan.
Terjumpa pulak dengan sale lace untuk habiskan stok. Termasuk french lace sekali. Berbaloi-baloi dan rambang mata walaupun ada dalam 20 jenis lace je yang tinggal. Harganya RM20 semeter. Kau gila?! Siapa tak nak kan? hehe 

Lama jugakla membelek dan memilih. 

Akhirnya piih warna peachy orange ni. :) last piece.
2 1/2 meter = RM45
kalau ikut harga dekat papan lace tu, adalah dalam RM200++..memang idokle nak beli kalau harga itu..huhu

Am a happy girl! :D

Baju apa nak buat? Erm, belum terfikir lagi. hehe. :p
Mungkin nak pairkan lace ni dengan warna hijau lumut.

Wednesday, January 15, 2014

Cuci mata di Maya Silk Kajang

Assalamualaikum & Hello Lovelies!







First of all, singh dekat atas ni sangat friendly & helpful. Sampai- sampai je dia greet dengan hi sambil senyum ikhlas. Bagus! 






Sesaje survey kain crepe untuk baju melayu...husband pun suka beli kain Maya Silk. Macam harga dekat atas, harga kain crepe dah naik..Singh tu pun akui,"sekarang harga sudah naik", katanya. Huhu.

Lepas husband cite yang ktrg selalu beli kain dekat situ n dia pun kata dia boleh bg murah,  RM20/meter macam sebelum ni. Hehe.

Kte cakap dekat husband warna hijau lumut tu cantik, peach pun sama...pokoknya, memang rambang mata. Haha.



Purple pun lawa!





Yang atas ni kain jacquard, jarang sikit tapi kata Singh, tak payah lining pun takpe. Rm30 semeter. Cantik kalau buat baju kurung ataupun skirt.




Alrite, itu je buat kali ni.
Thank you for reading!