Tuesday, February 11, 2014

Peluang Tak Dilepaskan: Dapat Beli Lace Murah!

Assalamualaikum & Hello Lovelies!


Cerita dah lama jugak sebenarnya. Masa tu hari Thaipusam, ada members day sale dekat SOGO. Lepas shopping sana, mestila ke kedai kain. hewhew. 

First time masuk ke Harrisons yang serba baru. Harga pun boleh tahan.
Terjumpa pulak dengan sale lace untuk habiskan stok. Termasuk french lace sekali. Berbaloi-baloi dan rambang mata walaupun ada dalam 20 jenis lace je yang tinggal. Harganya RM20 semeter. Kau gila?! Siapa tak nak kan? hehe 

Lama jugakla membelek dan memilih. 

Akhirnya piih warna peachy orange ni. :) last piece.
2 1/2 meter = RM45
kalau ikut harga dekat papan lace tu, adalah dalam RM200++..memang idokle nak beli kalau harga itu..huhu

Am a happy girl! :D

Baju apa nak buat? Erm, belum terfikir lagi. hehe. :p
Mungkin nak pairkan lace ni dengan warna hijau lumut.